Hari pertama dalam tahun 2013 aku dah pasang plan ke KL lagi.. Package 2in1.. Jalan-jalan sambil ziarah sedara-mara.
Anak-anak pun dah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu mereka.. 3 hero akan bertembung lagi dgn 3 hero.. Fuh!! Boleh gempa bumi...
Diiringi cuaca mendung ..dan kadangkala hujan di 1,2 tempat … maka, sampailah aku di R&R Tapah, isi perut ala kadar, ‘himpunkan’ solat siap-siap, lepas tu sambung drive…. Rasa kejap plak dh nmpak sign board Shah Alam… Terus keluar ikut highway Guthrie...
Smpai kt TUDM Subang…. ‘beras’ aku, Abg. Khairell, dah tuggu kt situ… cantek, tak la susah-susah nak tinggal IC kat depan gate TUDM tu .. Biras aku nie.. (suami kakak ipar aku-Kak Nizah) lebih muda dari aku… Bkn nk habag kata aku dh tua… (hampa jgn dok sengih) tp itulah pangkat salasilahnya. Depa nie memang peramah dan mesra alam… Tengah mlm pun siap masak nasik lagi.
Abg Kayrel, Kak Nizah & Adi yang dok tersengih tu..
Gambar dari ihsan FB...hehehe
Destinasi pagi besoknya adalah ke Wet World Shah Alam... Aku ikut saja, pasal aku bukannya reti sangat jalan-jalan area sini. Dah sampai, parking… Anak-anak dah melompat riang… Jenuh control..
So, nie sedikit info untuk dikongsi.
- Waktu Operasi: 10.00am - 7.00pm
- Tutup hari rabu kecuali cuti umum/cuti sekolah
- Tiket Dewasa : Rm 20.00
- Tiket Kanak2 : Rm 16.00
- Pelampung : Rm 10.00
- Locker : Rm 5.00
- Cabana : Rm 50.00
Nie la rupa cabana atau pondok yg. disewa tu...
Kat sini pun ada surau & kafetaria. So,tak perlu risau kalau nak melepak dari pagi sampai petang. Lepas dapat tempat, macam biasa, kerja aku yang pertama, kena pantau Si Ikhwan yg kecik nie dulu. Yang lain-lain dah boleh terbang sendiri… tak risau sangat. Kawasan nie tak ler besar sangat, pusing-pusing kat situ jer, so, senang sikit nak jenguk kt mana anak-anak main.
Dah macam jadi satu kemestian, kalau main air.. kena try semua water slide… heheh.. mungkin nak menghargai nilai tiket yg di bayar. Satu benda yang aku nampak leceh kat sini ialah pam tekanan air pada gelungsur yg selalu terhenti selepas beberapa minit… bayangkan tengah2 dok gelungsur tiba2 air berhenti.. pastu ko kena menapak turun sendiri… walaweyy.. memang spoil…
Actually, foto nie aku snap skit-skit masa nak balik.
Kamera aku dh simpan dlm locker awal-awal lagi
Adi sedap sgt. dengan meggi mee...
Makanan camana? Takat smuggle skit2, diorang lepas jer. Kt sini mcm mana2 water theme park lain gak…bila dh ramai, tau la kualiti mcm mana?? Main cincai taruk jer. Baik makan mee megi dari bihun sup yang kuahnya macam air suam...
Naim & Hakim dh nampak letih terjun sana-terjun sini… Adi & Afi pulak dari takut dah jadi berani.. Adam dok tertidur dlm stroller. Lepas makan aku tertidur sekejap kat situ.. tak tau letih pasal mandi atau letih kawal anak-anak. Lepas mandi air bersih, solat zohor … dan.. Yess!! Terjun lagikkk.
Seblah Wet World nie boleh nmpak Tasik Dan Masjid Shah Alam. Cantikk….