Masih lagi di Shah Alam. Sebelah malam.. we all plan nak ke Ikea lepas isyak. Memandangkan rumah kedua aku pun dh nak siap… bolehlah aku survey barang deko-deko sikit. Sampai kat sana dah 9.30pm.. ok lar.. orang pun tak ramai sangat. Boleh lepas anak-anak lumba lari kat situ. Lepas tu mula la dok bayangkan furniture2 nie semua nak letak kat mana dalam rumah aku… hahah.. angan-angan kena ada, walaupun dah tahu rumah aku tu sempit.
Kat Ikea nie banyak barang2 yang unik dengan design yang menarik. Malah barang2 selalunya up-to-date. Bagi yang perempuan kalau sampai sini.. boleh rambang mata woo.. Nipis poket en suami..Heheh.. kalau hampa orang Kay Ell yg selalu sampai sini… mesti kata aku ‘pegrak’ gila… hahah.. lantak la.
Kebanyakkan design adalah berwarna putih.
Swedish style kot...
Bab harga, kena pandai-pandailah korang compare sendiri...
Tapi kat sini semuanya di jual berasingan......
Aku rasa, kalau boleh skru tu pun dorang nak jual berasingan.
Hakim & Ikhwan sedang memandu uji kuda baru.
Kat sini aku terserempak juga dengan orang kedah. Sapa?? Sapa lagi Si Lan Pet-Pet tu lar… dok teman bini dia shopping. Huhh… peramah gila dia nie. Sembang mcm dah kenai lamaa… padahal aram tak pernah jumpa pun.
Satu yang baguihnya pasai dia nie.. dia masih pakai longhat kedah walau ‘tang’ mana pun dia pi… macam orang tua2 kata, “ikan, takkan masin walaupun dia tinggal lama dalam laut”… kecuali ikan masin..hehe… yang tu aku saja tambah.
Balik dari Ikea… pegi Rawang. Rumah bapa sedara wife aku. Ingat segan dah nak pergi.. pasal dah lewat dan hujan lebat.. tapi memandangkan dia dah masak, sampailah juga malam tu di Taman Bukit Rawang. Pekan Rawang pun dah banyak berubah… byk kedai, terutama kedai spot rim. Dulu, kalau datang sini aku selalu menapak jer dari stesen bas ke stesen komuter.
Destinasi pagi besoknya... KLCC dan kalau sempat ke Putrajaya. Oleh kerana Abg. Kayrel kerja.. so, xpdc semua kenalah guna GPS.. atau dgn kata lainnya..(Guna Pasti Sesat). Dek kerana nak bawa anak-anak naik LRT… kitorang park jer Ezora baru Kak Nizah tu di KL Sentral pastu naik LRT ke KLCC… dan seperti diduga ..satu tren LRT kedengaran suara budak2…meriahh..
Masuk KLCC.. ronda2, makan, solat, balik… Shopping pun skit2 saje.. Lain semua dok layan karenah anak2 jer.
Malam pegi ambik sorang lagi adik ipar (Atikah) kat Stesyen Bas Shah Alam. Seronok sgt nmpak riak mukanya pasal baru dapat J-Qaf. Otw nak balik tgk jalan jem gila. Semua nak masuk ICT celebrate New Year.
Pagi besoknya… carik barang keperluan Mak Cik Atikah sebab dia baru nak register kat Mktb Prguruan Bangi dan tempat mengajar kat Gombak… boleh tahan gak jauhnya. Tapi, seronoklah jadi guru agama nie…gaji byk… pahala pun byk. Rasa menyesal pulak dulu2 aku tak masuk bidang nie.
Lepas makan petang tu.. ambik barang berniaga sikit kat Sungai Buluh dan terus chow balik Penang. Pagi seterusnya akan bermulalah lembaran baru, tahun baru, sekolah anak2 dikelas baru, azam baru… semuanya serba baru.