Thursday, 11 December 2014

AFF Suzuki Cup 2014


Vietnam VS Malaysia..Semi Final (2nd Leg)

Finally.. Harimau Malaya on to the Finalll...









Tahniah untuk Harimau Malaya Dan juga Vietnam...Korang main bagus, cuma korang tak ada geng mesin rumput yang nampak ganas tuu...

Sunday, 16 November 2014

Ziarah ex-lecturer Polimas...

   Cara dia bercakap masih macam dulu. Mantap & penuh gaya. Mungkin itu sebabnya dia menjadi antara lecturer kesayangan kami dulu-dulu. Itulah orangnya, Encik Wan Mustapha.Kini tinggal di kuaters warden Politeknik Kulim. 
   Isterinya Pn Norlela, baru meninggal 2 bulan lepas akibat kanser. Kini beliau diduga lagi dengan tahap kesihatan yang merosot. Penglihatan kian terjejas akibat kencing manis, tiga serangkai, serta perlu menggunakan mesin dialisis. Itu sudah cukup menggambarkan penderitaannya. 
   Katanya.. "kadang-kadang kita merancang,... belajar, bekerja, masa depan dan sebagainya.. Allah juga merancang... dan sudah pastilah perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya"... Dia redha dengan semua dugaan yang diterima..


Antara gambaq ncik Wan yang masih dalam simpanan aku.. 
klasik nie 1994.





Ayusraimi menyampaikan sumbangan yg dikumpul. 

Kiri sekali, anak sulung ncik Wan.. merangkap Pa @ jururawat...

From left..Sue (my orang rumah), Mamat hensem mana taktau, Ayon, Ayus, ncik Wan, Fuad, Azni..

Sunday, 2 November 2014

Bowling - Megamall Prai

Membowlingkan diri bersama komuniti baru..
Taman Seri Akasia, Mengkuang Titi.

   Kali terakhir aku main bowling adalah 12 tahun lepas kot. Tu pun masa bujang-bujang dulu. Tapi kalau tangan masih berskill nie.. bagi pi menatang apa pun, semuanya aku boleh tibai.

  Oh.. Tidak!!! Aku sendiri yang terkejut bewak bila balingan kedua masuk longkanggg. Heh hambek ko. Skill la sangatt.!!

   Masuk empat kali baru strike... hah! Aura sudah marii...



Pstt... tolong jgn bagi tau orang-orang kampung... 
abg hensem baju biru tu dapat no.2.. hax!



Thanks utk semua yang menganjur dan yang sponsor hamper. 
Semoga berkekalan ukhwah yang terbina.

Monday, 27 October 2014

Jenjalan Kay eL

Sekali sekala bawa tentera berjalan...

ShahAlam → Subang → Pantai Remis → Serdang → KLCC → Penang






Wednesday, 24 September 2014

Hari Yang Di nanti...

As-salam...

   Selosai sudah 2 pasangan pengantin diraja seharikan. Selagi tak kenduri, selagi itulah nampak macam banyak benda yang tak settle. Risau & serabut bertukar ganti.

   Tengkiu untuk semua yang membantu dari jiran-jiran, pakatan surau & kampung, rakan-rakan dan adik-beradik sekalian. Jasa kalian tetap dalam ingatan. Maaf bebanyak kalau ada yang terkasar bahasa, tersilap bicara, tersalah adab, terkurang layanan.
 
    Nak cerita dari A ke Z panjang sangat. Nak tulis panjang-panjang pun sapa nak baca. So, layanzzz.....

@ Homestay Kg Bagan Belat..07/Sept/2014
Syoknya boleh ambil angin laut..







Mana pengantin niee.!!
 tak pa lah.. kami potong dulu kek nie..






@Teluk Chengai, Kuala Kedah.

Banner nie aku buat sendiri, 
so, korang jangan pandai-pandai cakap tak lawa..Hax.!




Tudia.... sampai dah pengantin...






Sampai dh ghumah besan Mak, 
@ Kampung Teluk Bagan, Lock Stuck...
Ramah sungguh depa depa nie..
 Awai-awai dh sambut dgn letupan mercun...hehe..











Naim dok sengeh ja.. Lupa la tu... UPSR yang bocoq, kena buat semula...