Sunday, 16 November 2014

Ziarah ex-lecturer Polimas...

   Cara dia bercakap masih macam dulu. Mantap & penuh gaya. Mungkin itu sebabnya dia menjadi antara lecturer kesayangan kami dulu-dulu. Itulah orangnya, Encik Wan Mustapha.Kini tinggal di kuaters warden Politeknik Kulim. 
   Isterinya Pn Norlela, baru meninggal 2 bulan lepas akibat kanser. Kini beliau diduga lagi dengan tahap kesihatan yang merosot. Penglihatan kian terjejas akibat kencing manis, tiga serangkai, serta perlu menggunakan mesin dialisis. Itu sudah cukup menggambarkan penderitaannya. 
   Katanya.. "kadang-kadang kita merancang,... belajar, bekerja, masa depan dan sebagainya.. Allah juga merancang... dan sudah pastilah perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya"... Dia redha dengan semua dugaan yang diterima..


Antara gambaq ncik Wan yang masih dalam simpanan aku.. 
klasik nie 1994.





Ayusraimi menyampaikan sumbangan yg dikumpul. 

Kiri sekali, anak sulung ncik Wan.. merangkap Pa @ jururawat...

From left..Sue (my orang rumah), Mamat hensem mana taktau, Ayon, Ayus, ncik Wan, Fuad, Azni..

Sunday, 2 November 2014

Bowling - Megamall Prai

Membowlingkan diri bersama komuniti baru..
Taman Seri Akasia, Mengkuang Titi.

   Kali terakhir aku main bowling adalah 12 tahun lepas kot. Tu pun masa bujang-bujang dulu. Tapi kalau tangan masih berskill nie.. bagi pi menatang apa pun, semuanya aku boleh tibai.

  Oh.. Tidak!!! Aku sendiri yang terkejut bewak bila balingan kedua masuk longkanggg. Heh hambek ko. Skill la sangatt.!!

   Masuk empat kali baru strike... hah! Aura sudah marii...



Pstt... tolong jgn bagi tau orang-orang kampung... 
abg hensem baju biru tu dapat no.2.. hax!



Thanks utk semua yang menganjur dan yang sponsor hamper. 
Semoga berkekalan ukhwah yang terbina.