Friday, 3 May 2013

Taman Rekreasi Air Panas - Sungkai

Assalam...Hye jumpa lagi..
>> Sambung dari episod lepas... 

Destinasi seterusnya.....ke Gerbang Malam yang terletak di tengah-tengah pekan Ipoh. Lebih kurang macam uptown kat tempat kita jer. Ok Lerr.. layannn...macam biasa barangan yang dijual termasuklah kasut, baju, tudung, wallet, tali pinggang, perfume, aksesori henpon, barang antik dll. Apa aku beli?? heheh durian.. pewangi kereta semulajadi....


Pagi seterusnya… dari Ipoh terus ke Taman Rekreasi Air Panas kat Sungkai, Perak. Nak mandi air panas la pulak. hehehe..mcm la kat rumah aku tak der water heater… mungkin pasal kat sini semulajadi kot, siap boleh nmpak asap lagi. Kerana tak pernah pergi.. aku tanya ler arah ke Felda Residence Hot Spring ni kat 2 orang masa kat petronas tu. Sorang kata keluar ikut tapah, sorang kata kluar ikut Gopeng. Aikk… camana nie..??  kekonfidenan aku hilang, walaupun aku dah gugel sebelum pergi. Masa tanya akak tol Gopeng tu, dia kata” Ncik.. tak payah susah2..nmpak sign board Sungkai... keluar jer ikut situ”. Laaa… cam tu jer. Mahu saja aku patah balik ke pakcik petronas tu dan bagitau… lain kali kalau tak tau cakap jer tak tahu...senangggg. Masa masuk jalan felda yang dikelilingi kelapa sawit tu.. aku follow keta depan. Plet luar. Nak pegi situ jugak kot. Sekaliii… dia silap jalan, aku ikut.  3 lagi keta blkg aku pun ikut... Hahahhah..sama-sama  tak tau dan sama-sama pakat senyum masa buat u-turn.



Alhamdulillah.. smpai jugak. Masuk dewasa rm10. Kanak2 & warga emas..ade discount. Kanak2 yang lebih had ketinggian… skit2 diorang kasi lepas jer. Kemudian boleh naik keretapi mini atau jalan sendiri. Lepas tu ade plak seken gate. Semua makanan kena habiskan kat situ. So, lagi sekali kami berkelah bawah pokok. Lapik perut dulu sebelum berendam. Nampak Villa  Felda Residence pun cantik2.. Nex time,  kalau datang boleh check-in sini.



Banyak kolam air panas kat sini… yang suam ada, yang sejuk pun ada. Nak terjun tgk temperature dulu, boleh tahan ke tak. Kolam2 kecik temp. antara 30-40deg. dan terdapat satu jalan batu utk foot reflexology. Satu tempat yang panas sekali di khaskan untuk merebus telor.
Dah dapat port. Boleh letak pakaian… dan… aikkk… alih-alih, sume anak & sepupu-sepupu  yang lain dah hilang main air.







"Aduss!! Camana charger camera bleh tertinggal nie... Sib baik ade Pak Cik Gugel...."
#Adios#
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment