Wednesday, 30 October 2013

Raya Haji - Korban 2013

AsSalam teman-teman & reader sekalian….


   Entry kali nie berkenaan Raya Aidiladha 2 minggu lepas. Yehaaa… buat julung-julung kalinya aku dapat cuti 2 hari untuk tahun nie. Kira lama gilalah tu… selalunya sehari ja, nak balik kampung pun tak padan.
 
Yang seronoknya time raya haji nie ialah dapat takbir lebih lama berbanding raya puasa. Disana sini kedengaran takbir memuji kebesaran ilahi. Allah….

Ramai ka sahabat yang buat korban tahun nie??. Sila angkat tgn... Tudia ramai sungguh!! Hehe..macam nampak.. Kat surau perumahan chek (Tmn Sri Abadi, Jln Kuala Kedah), 3 kerbau 4 lembu tumbang. Surau seblah wife chek (Bt.6 Kuala Kedah)7 ekor lembu.

   Chek masuk satu bahagian ja tahun nie. Anggaran mula2 rm430 satu bahagian… pastu + lagi rm20 untuk lembu yang lebih besag..dan + rm10 upah. 9.30am dok tunggu tukang sembelih tak sampai lagi… hujan renyai-renyai, pekena pulut ikan kering dulu..apa nak kata??

   Bila tukang sembelih dh smpai.. nampak dia rilek jerr.. siap dok senyum melawak. Lepas akad jual beli.. perebah..dua kali zappp!!… selesai. Tajam betul pisau dia. Hari tu dengar ceramah Ustaz Shahul, ada dia dok habag tempat beli pisau paling tajam kat Penang nie. Jadi chek try pegi cari kat Macalister Road. Dapat. Memang tajam, made in Switzerland. Ada macam2 jenis & saiz. Chek cari yang simple & sedap pegang ja.



   Chek ambik yang kecik jer, untuk lapah & potong daging, harga rm144. Bleh ar diskaun skit-skit. Yang besaq untuk sembelih harga rm200-rm400. Nak detail, mai dengaq ceramah ustaz pancung ni kat sini. Byk manfaat walaupun keraih sikit. Biasa lar Penang maiii...





# Salam Aidiladha #


Monday, 21 October 2013

Attention!!! It's my Birthday...

21-Oct-2013
Yess!!!! It's my birthday & my 12 year anniversary...
Atau dgn kata lainnya... hari aku mula-mula menjenguk dunia ini & hari akad nikah adalah tarikh yang sama.





Ya ALLAH,
Sempena hari lahirku ini
ku sujud syukur pada Mu
kerana masih memanjangkan usiaku ini
dan masih memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Mu..
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku


Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
kerana kadang-kadang ku alpa terhadap perintahmu
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku


Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU
Walaupun kadang-kadang semangat aku jatuh kerana dugaanMu...


Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH
aku sedar terlalu banyak dosa dan noda yang telah aku lakukantetapi aku yakin Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..


Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini...




"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"


Jutaan terima kasih utk semua yang memberi ucapan dan doa. Semoga kalian sentiasa beroleh kebaikkan di dunia & di akhirat.

Tuesday, 1 October 2013

TM Resort - Program Titip Kasih

AsSalam teman-teman sekalian. Moga ceria-ceria & diberkati selalu.

September dah melangkah pergi.. Oktober menampakkan diri.. Adakah November akan menjelma lagi?..

Dok tinjau kat hdd, banyak jugak photo yang lepas-lepas. Nampak ler folder TM resort nie walaupun dh nak dekat setahun berlalu. Program Titip Kasih nie dianjurkan oleh Tabika Taman Pauh Jaya...tempat Hakim mengenal abc...dan 123.




TM Resort nie kt Tanjung Bungah jer... tapi aku trlajak smpai Batu Feringhi sbb x nmpak lorong masuk sini.. & signboard nyer... alahai kecik sgt. Saiz A1 jer kottt.. Tempat dia oklar...tak lah mewah sgt, tapi sesuai untuk bersantai dengan family yang ramai.



 Setiap 1 apartment nie ade 2 bilik, ruang tamu & balkoni yang mengadap ke laut. Korang boleh dapat diskaun kalau ada kawan2 atau sedara yang kerja TM. So, after diskaun kami cuma perlu bayar rm100 jer untuk satu family. Bagi aku, oklar walau servis dia tak berapa sempurna. Aircond x berapa sejuk, pengelap kaki kat bilik air tak der, towel pun jenuh call baru dapat. Juga x der lift... selain tangga dipenuhi pasir pantai dan air dari swimming pool...


Ikhwan dlm proses merobohkan istana pasir yang dibina Abg Ngah...

 Tudia... acara untuk anak-anak dh bermula..




Acara semakin jauh semakin sayang (baling belon air)
  

 Xtvt petang....




Masa utk ber'bbq'....



 Hadiah disampaikan untuk yang berpenat-lelah ptg tadi..



Lucky draw..
Tq utk yg sponsor codless phone walaupun x guna lagi smpai arini...



 Pagi seterusnya...xtvt mewarna baju.

Mak Bapak kena warna cantik2 tau.. nnti anak nk pakai..




Ermmm... dh nak balik pun...