Wednesday 30 October 2013

Raya Haji - Korban 2013

AsSalam teman-teman & reader sekalian….


   Entry kali nie berkenaan Raya Aidiladha 2 minggu lepas. Yehaaa… buat julung-julung kalinya aku dapat cuti 2 hari untuk tahun nie. Kira lama gilalah tu… selalunya sehari ja, nak balik kampung pun tak padan.
 
Yang seronoknya time raya haji nie ialah dapat takbir lebih lama berbanding raya puasa. Disana sini kedengaran takbir memuji kebesaran ilahi. Allah….

Ramai ka sahabat yang buat korban tahun nie??. Sila angkat tgn... Tudia ramai sungguh!! Hehe..macam nampak.. Kat surau perumahan chek (Tmn Sri Abadi, Jln Kuala Kedah), 3 kerbau 4 lembu tumbang. Surau seblah wife chek (Bt.6 Kuala Kedah)7 ekor lembu.

   Chek masuk satu bahagian ja tahun nie. Anggaran mula2 rm430 satu bahagian… pastu + lagi rm20 untuk lembu yang lebih besag..dan + rm10 upah. 9.30am dok tunggu tukang sembelih tak sampai lagi… hujan renyai-renyai, pekena pulut ikan kering dulu..apa nak kata??

   Bila tukang sembelih dh smpai.. nampak dia rilek jerr.. siap dok senyum melawak. Lepas akad jual beli.. perebah..dua kali zappp!!… selesai. Tajam betul pisau dia. Hari tu dengar ceramah Ustaz Shahul, ada dia dok habag tempat beli pisau paling tajam kat Penang nie. Jadi chek try pegi cari kat Macalister Road. Dapat. Memang tajam, made in Switzerland. Ada macam2 jenis & saiz. Chek cari yang simple & sedap pegang ja.



   Chek ambik yang kecik jer, untuk lapah & potong daging, harga rm144. Bleh ar diskaun skit-skit. Yang besaq untuk sembelih harga rm200-rm400. Nak detail, mai dengaq ceramah ustaz pancung ni kat sini. Byk manfaat walaupun keraih sikit. Biasa lar Penang maiii...





# Salam Aidiladha #


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment