Salam Maal Hijrah utk reader sekalian.
Moga sentiasa bahagia
menjejaki tahun baru 1435H.
Tetiba ja terasa nak buat review pasal Laksa. .. Jeng3!!! Yelah, nak cerita pasal harga barang naik atau
PRK Sg. Limau.. semua dh penuh timeline korang.
Aku tau ramai yang hantu laksa kat sini. Tengok gmbag pun
dah meleleh ayaq liug. Perghh!! Pi tang
mana pun dok cari laksa sebab nak try satu-satu tempat punya rasa. Agak heran jugak
kalau ada yang tak makan laksa. Makanan melayu yang menjadi feberet sepanjang
zaman nie. Sedap tak sedap, ikut citarasa
sendiri. Ada yang pentingkan kuah.. ada yang pentingkan ulam &
aksesori.. ada yang pentingkan laksa kecik besag, ada yang pentingkan cara
masak… dan macam2 lagi.
Laksa Kedah
Laksa Campur
Tempat aku femes dgn laksa campur.. ataupun nama saintifiknya
laksa beras. Ada jugak laksa biasa yang kuahnya dimasak dalam buyung. Sejak dh lama merantau kat Penang nie.. (area BM) laksa campur nie macam dh
menjadi feberet aku. Memang sempoi bag hang!. Makan ulang2 pun tak cemuih kot.
Selalu, pekena di kedai dekat umah aku Kg.
Pelet, tak pun kat Kg Petani. Lokasinya kat 5° 24.763', 100° 27.732' . Yg nie depa panggil Laksa Pak Kassim. Tapi, kedainya buka antara 10.00am ke 1.30pm ja. Jumaat tutup. Ada 4,5
kedai area sini. Carik jer yang tak kedekut ikan. Rega antara rm3 ke rm4. Ikut
yg stendet atau special. Dulu-dulu memang aku tak reti makan laksa campur nie..
nmpak pelik ja sebab ada cucur udang, sambal sotong, taukua & telur. Tapi bila dah
lama… erm..memang menarik & tertarik.. Laksa Penang, Laksa Kedah & Laksa
Teluk Kechai dh jatuh ke rangking seterusnya.
Laksa Penang
Selalunya ade nanas & daun pudina.
Jom haria... Slurppp!!
Laksa Telok Kechai
Dulu best.. skrg. taste mcm dh lari skit...
Aku lebih suka tapau & makan kt rumah jer.
Yang membeza dgn tempat lain.. ialah sambal nyok.
Rega sekilo skrg rm12.00..
Kalau dh peminat laksa tegar nie, habag jer kat mana2 dia boleh terjah…
heheh.. nie dok tunggu time nak terjah laksa Janggus Kg Perlis, Balik Pulau
pulak. Depa dok habag memang marveles… jomm!!
Laksa Janggus - Kg. Perlis Balik Pulau
Laksa Telok Bahang - Mai usha sat..
Antara gerai laksa yang terbest sekitar utara nie ialah… depan Tropical Spice Garden garden, Teluk Bahang (Laksa,abc,cendol,rojak).. Stesen KTM BM.. (Laksa campur) SPU & Pekan Rabu di Alork Stuck, Laksa ikan sekog di Jalan Gangsa, Pantai Seberang Kota Kuala Kedah (Laksa, laksam, laicikang, abc), Pantai Kuala Perlis…(Laksa, abc, bihun sup). Kalau terlepas pi Langkawi boleh pekena laksa power yang kat airport tu. (Laksa, pasembor, cendol pulut, abc).
Laksa Ikan Sekog - Jalan Gangsa, boleh tahannn....
Tudia... Laksa Kola Peghelih.. Melelehh...
Mana lagi? Laksa power la ni - Langkawi.
Mai kongsi info skit kat mana yang korang dah pekena laksa best-best..?? Apa ?? rumah kenduri… ceh yang tu tak kira la woiii…
Laksa Kelate
Ade sedikit sambal & kacang panjang
Laksa Johor
Dengan spaghetti yang dilembutkan..
Laksa Ipoh Mali
Laksa Sarawak
Menggunakan bihun yang telah dicelurr..& sedikit pedas.
Tapi, orang kata orang kata jugak, tang aku tak kata pun
sebaik-baik dapur orang, baik lagi dapur kita. Yalah masak ja apa yang kita
mau. Ikut citarasa sendiri. Nak kuah pekat ka, nak ulam lebih ka, semua boleh. Dah
tentu-tentu bersih, halal dan tak payah risau pasal pakajinaikmoto semua.
Wallahu a’lam.